Sunday, 8 May 2011

InterMarket 3

PECAHAN RISK CURRENCY

DIpetik dari ebook Hadi
Quote:
3.1 US Dollar
US Dollar dikenali sebagai Raja kepada matawang dunia. Hampir semua negara menyandang matawang mereka dengan US Dollar termasuk juga komoditi seperti emas dan minyak. Negara US adalah sebuah negara yang mempunyai deficit kerana negara ini banyak mengimport daripada mengeksport.
US Dollar sangat sensitive dengan indicator ekonomi seperti GDP, Employment Rate dan Interest rate. Maklumat daripada indicator tersebut akan memberi kesan langsung kepada US Dollar. US Federal Reserve bertindak sebagai bank pusat yang mengawal ekonomi dan inflasi negara US.

3.2 EURO
Matawang Euro adalah gabungan EuroZone yang terdiri daripada 15 buah Negara Eropah kecuali United Kingdom. Euro diwujudkan pada tahun 1999 sebagai mengawal dominasi US Dollar dalam pasaran matawang.
Perdagangan Euro banyak antara sesama negara Euro juga dan negara US. Namun begitu disebabkan Euro adalah gabungan beberapa negara ini akan memberi kesan kepada Euro sekiranya ada negara dalam Euro ini mempunyai masalah ekonomi negara seperti yang dialami oleh Greece sekarang. European Centre Bank adalah bank pusat yang bertanggunjawab mengawal inflasi negara Euro.

3.3 Pound Sterling
Matawang pound sterling adalah matawang negara United Kingdom. Namun begitu keadaan ekonomi di negara-negara Euro akan memberi kesan kepada ekonomi UK juga adalah disebabkan bentuk ekonomi kedua-dua negara ini sama dan kedua-dua negara banyak berdagang sesama mereka.

UK juga dikenali sebagai negara pengeluar tenaga (Energy Producer). Walaupun UK mempunyai sumber tenaga yang terhad tetapi UK masih mampu menjadi pengeluar tenaga yang utama selain daripada Canada. Kenaikan harga sumber tenaga seperti minyak dan gas akan menyebabkan kenaikan ekonomi UK.

3.4 Yen
Jepun adalah negara ekonomi kedua selepas US. Negara Jepun mempunyai nilai eksport yang lebih tinggi berbanding nilai import. Trade balance Jepun sentiasa dalam keadaan surplus. Namun begitu, Jepun mempunyai sumber bumi yang sangat terhad. Hampir 100% sumber tenaga daripada minyak dan gas diimport dari luar.

Kadar inflasi negara Jepun adalah tinggi berbanding dengan negara-negara lain namun begitu ekonomi nya tidak pernah lumpuh. Bank of Japan adalah bank pusat bagi negara Jepun yang bertanggungjawab terhadap kadar faedah negara tersebut.

3.5 Australia Dollar
Australia dikenali sebagai sebuah negara komoditi kerana sumber utama pendapatan negara adalah melalui sector komoditi seperti perlombongan emas, perternakan dan pertanian. Kenaikan harga kepada komoditi akan memberi kesan kenaikan kepada ekonomi Australia.

3.6 New Zealand Dollar
New Zealand juga dikenali sebagai Negara komoditi dan mempunyai ekonomi yang sangat mirip dengan ekonomi Negara Australia.

3.7 Canada Dollar
Canada juga adalah Negara komoditi. Canada mempunyai simpanan sumber tenaga yang banyak seperti minyak dan gas. Canada juga mempunyai pertanian, perternakan dan perlombongan emas. Bank of Canada adalah bank pusat yang bertanggungjawab mengawal inflasi negara tersebut.

3.8 Swiss Dollar
Switzerland dikenali sebagai Negara bank. Switzerland mempunyai ekonomi dan matawang yang stabil. Kestabilan ekonomi amatlah pentingan bagi Switzerland bagi menarik minat penyimpan ke dalam bank negaranya. Matawang Switzerland juga dikenali sebagai matawang “safe haven”. Switzerland Nasional Bank bertanggungjawab mengawal inflasi negara ini.

.A) High Yield Currency - GBP, EUR, NZD, AUD, CAD
- Fundamental Currency : GBP & EUR pair yang berkaitan dengan GBP dan EUR adalah sangat sensitive pada news released.

- Commodity Currency : NZD, CAD, AUD pergerakan commodity seperti Gold mempengaruhi AUD dan NZD manakala Crude Oil mempengaruhi CAD secara langsung.

B) LOW Yield Currency - USD, JPY dan CHF

3 currency ini di katakan low yield dan low risk di sebabkan faktor2 berikut.:-
JPY - Biggest Bond market in the world, Lowest interest rate in the world. ).1% currenctly dan amat sesuai utk carry trade jika di "pair"kan dengan High interest rate ccy seperty AUD (4.5%). ala-ala buat Overdraft la. pinjam duit kat low interest, labur kat high interest. beze tu kita dapat.

USD - world reserve currency selepas wujudnya fiat money (tak dicagarkan dengan emas fizikal spt zaman dulu). semua negara pegang dollar. especially china dan japan banyak pengang dollar. kita bawak duit dollar gi indon, vietnam, euro.. laku je buat jual beli.. cuba bawak RM.. hehehe.. interest rate pon low 0.25% skang ni

CHF: world lowest defisit country. most stable economy. dengar swiss je org akan ingat tempat simpan duit dengan jam tangan kan? terkenal dengan sifat "careful" dan ini menjadikan swiss tempat "parking" duit kalau berlaku apa2 masalah di negara lain.

Safe Haven Instrument dan fungsi Gold bersambung.. check balik ye nnt

safe have atau bahasa melayu, syuga keselamatan konon nya.. di sini lah tempat org berselindung finnacially bila berlaku bad crisis di dunia.

Dollar, Yen dan CHF adalah tergolong dalam safe haven CCY.
scenario dia macam ni:
bila problem kat US, org lagi gi JPY and CHF. (perasan tak chf strong lain macam? JPY pon)
bila problem kat tempat lain, pelabur akan pegi ke 3-3 tempat ni.
kalau masalah atau crisis terlalu teruk seperti bank collapse,(extreme risk aversion - refer bawah) GOLD akan bertukar sifat dari commodity (yg high risk) menjadi SAFE HAVEN. dimana pelabur akan membeli mas ketul ketul dan membuatka harga mas melambung naik pada masa crisis. kenapa? EMAS mmg di hargai pada semua zaman. Nabi kita s.a.w pon suruh kita simpan emas. 
Quote:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
so logik lah emas ni mmg org nak simpan bila ada permasalahan dunia. ni bukan gold yg kita trada kat platform tu. ni emas jonkong.. emas tulen bkn zhulian. hehehe

Fenomena save haven
lagi satu..............
apabila ada news yg tak berapa elok kat US, equity akan drop, USD akan naik. ini selalu kita perasa apabila berlaku NFP - unployment rate meningkat, tapi tiba2 EURUSD drop? kenapa dollar strong sedangkan us tgk ada bad news? ini lah fenomena save haven.

tetapi, apabila ada bad news yang teruk di US, sperti data unemploymen jauh tersasar dari forecast value, contoh forecast 9% naik jadi 12% unemploument rate, masa ni, dollar dgn equity dua-dua kong. yang akan naik adalah Gold, JPY dan CHF.

kita perlu perhatikan ada certain data release yg direct impact kepada currency, ada yg direct impact kepada equity especially news yang berkenaan USA kerana keunikan matawang mereka sebagai LOW YIELD ccy atau safe haven. kita akan kupas dalam topik seterusnya.. kalau GBP, EUR, CAD. impact dia direct terus.. kalau ijau nombor tu, naik lah GBP. kalau merah, jatuh la GBP.. USD, JPY. lain sikit reaction dia.